Saturday 7 July 2012

Saya Bahagia Bila Tengok Awak Bahagia


                                              Bagi aku ayat tu tersangatlah loser.

 Kenapa perlu aku menidakkan suatu kebenaran? Ibarat aku menafikan realiti kehidupan aku sendiri. Ibarat aku menipu diri sendiri. BODOH. Perlakuan yang kadang memang tak langsung boleh diterima, tapi tanpa sedar, aku sendiri terlibat lakukan perkara yang sama.
Kadang memang perlu diguna itu. Untuk avoid dari terus bersedih, aku cuba mempositifkan semaximum mungkin diri aku sehingga  tanpa aku sedar merelakan diri aku diluka dan mengatakannya sebagai bahagia. BAHAGIA. Apa bahagia macam tu ? Haihh..

Nah, bilamana aku lihat secara terang depan mata, si dia yang aku kata bahagia bila tengok dia bahagia, bemesra dengan entah siapa opposite gender dia seromantis mungkin. Apa plak yang aku rasa sebenarnya? Tetap bahagia?  Mustahil sangat !! Jika memang itu yang aku rasa, mmg Tahniah lahhh kat aku kan ! aku dah berjaya menang Oscar Pelakon Terbaik. Aku juga sudah berjaya menjadi penipu terhandal dengan mampu menipu diri sendiri tanpa aku sedar yang aku ditipu. Gila !!

Okay.. Actually,,Aku kena dengar rintihan hati aku. Dengar dan fahamkan apa yang hati aku mahu sebenarnya. aku mesti tetapkan kemahuan yang benar benar aku mahu. Satu perkara yang perlu aku pegang dalam hidup, “hidup harus kehadapan, bukan kebelakang” . Seterusnya sila tinggalkan segala yang menahan langkah kaki aku, yang merantai kaki aku untuk maju kehadapan.

Selagi mana aku merelakan hati aku untuk dirantai silam, selagi itu memang aku tidak akan kenal erti bahagia yang sesungguhnya. Hidup tidak seperti yang aku  mahu. Ya !! Memang benar! Tapi hidup tuh sebenarnya adalah mengenai bagaimana aku mampu usaha yang benar benar usaha untuk mencorak hidup aku seperti yang aku mahu. Biar jika dipanjangkan Tuhan usia aku nanti, di akhir hidup , aku mampu tersenyum kerana aku telah pun menjalani hidup yang hampir kepada yang aku mahu. GREAT !!

Ubah segala yang kau boleh ubah Eyzan!!. Hati kau, keinginan kau, mahu kau. Ubah dan ubah. Bilamana sesuatu perhubungan itu telah berakhir, redha. Sentiasa ingat, Tuhan ada perancangan yang terbaik untuk kita. Biar hidup dengan mahu yang sendiri. Bukan dikawal sekeliling. Jangan pernah merelakan diri menjadi boneka yang dikawal jari jari orang yang kita sayang. Memang kita sayangkan mereka, tapi pernah hg fikir, apa mereka sayangkan kita macam kita sayangkan mereka?
Bilamana kita cinta dan sayangkan seseorang itu, sebagai sesama manusia biasa, kita tiada hak untuk memaksa mereka merasakan yang sama dengan apa yang kita rasa. Kejam jadinya jika kita memaksa seseorang itu untuk cinta kita. SIOT !!
Buka mentaliti kita dengan luas gila, biar pada masa kekecewaan yang kita rasa itu, kita berfikir secara rasional dan bukannya emosional.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" (51:49).

Dah terang kan ? Pekejadahnya nak kisah tentang mereka yang dah pergi dari hidup KAU? Biarkan ja lah. Dia bukan untuk KAU. Bukan dicipta untuk jadi pasangan KAU. Senang ? Kan ?. In fact, memang susah nak lupakan semua. Tambah-tambah pulok kalau dia memang selalu sama-sama ngn KAU..memang payah la hati KAU nak lepaskan. Sumpah !

Sepatut nye KAU kena faham hati KAU eyzan. kau sanggup tunggu orang yang kau kata kau bahagia bila tengok dia bahagia, kan? Sebenarnya kau bukan sanggup tunggu dia, tapi kau rasa rugi bila lepaskan dia bersama ngn org lain. Sebab itu kononnya sanggup tengok dia bahagia dengan orang lain la segala bagai. Apa yang buatkan kau masih lagi terikat dengan dia adalah kerana cinta kau pada dia. Cinta yang konon nye HOT sangat. Dan disebabkan cinta tuh, kau jadi bodoh dengan membodohkan diri kau sendiri. Dengan menghalang diri kau dari rasa bahagia. Come on laaa Eyzan….

Konsep bercinta tu senang sebenarnya. Relakan hati untuk dicinta dan menyinta. Bukan relakan hati untuk disakiti dan menyakiti. Faham tak ? Cinta tu adalah satu perasaan suci yang Tuhan tu dah kurniakan kat kita. Jadi jangan kita kotorkan cinta tu dengan anggapan setiap kali bercinta kena ikut semua cakap dia bagai, baru cinta namanya. Ingat sikit okay !!

# Cinta pada manusia jangan melampaui cinta kita pada Tuhan. Biar sehebat mana pun dia dalam hidup kau, kau kena ingat, kau dengan dia langsung tiada beza. Sama. Masing masing Tuhan yang ciptakan.

“... Jujur kan hati kamu habis habisan sama dia . Kalau dia risaukan sesuatu , jawabkan kembali kepada dia kenapa dia tidak perlu risau . Yakin kan dia bahawa kamu tahu pilihan kamu itu . Akhir sekali , minta perkenan Tuhan . Kadang kadang ini cara Tuhan memberitahu setuju tidak Dia sama pilihan kamu itu . Dan selagi belum berakhir , selagi itulah Tuhan mahu kita usaha . Bukan masa perkenalan yang memungkinkan sesuatu perhubungan itu kekal . Jika memang dia bukan untuk kita , terima dengan hati terbuka . Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kita . Jangan dipertikai mengapa Tuhan buat itu dan ini . Tapi pertikai kenapa kita tidak usaha untuk sesuatu yang itu , dan sesuatu yang ini . Kalau pun kita tidak dapat apa yang kita mahu , tak mengapa , sebab sekurang kurangnya , kita sudah pun usaha . Bukan sekadar lepaskan begitu sahaja ...”



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Friday 6 July 2012

Maaf kan hatii ini,,:')

   
                                                                 Assalammualaikum...

                                                                      Ya Allah
                     sesungguh nya dia benar pemilik tulang rusuk ku ini,,
                                                     kau kuat kan lah cintaku pada nya..
                                                                     Ya Allah,,
                    sesungguh nya dia benar ketua pembimbing untuk ku,,
                                                     kau satu kan lah hati ku padanya..
                                                                    Ya Allah,,
                                                Jika dia benar hati nya ikhlas kepadaku,,
                     kau ikhlas kan lah hati ku menerima dia apa ada nya..




aku tak faham kenapa..hati aku susah sgt nak ikhlas..
ikhlas meaafkan..terutama pada dia..
acapkali bercerita,,mesti hal yg sama aku kaitkan..
Setia, Dia , Perempuan , Masa..
hati aku kata aku hidup dengan dia..
tapi acapkali rasa ragu-ragu..
keliru!!
keliru dengan perasaan sendiri..
ya!
hati aku masih marah..
masih dendam..hati aku masih sakit..
hati aku masih terluka walau di ubat dengan kata- kata maaf
benak hati berfikir,,
patut ke aku simpan perasaan dendam,,marah kalau ingin hidup dengan dia..
perlu ke ?
ya!!
aku manusia..
aku nak elak tapi ta boleh..
tak kuat untuk semua tuhh..
org kata tak elok berdendam..
k memang!!
tapi aku susah nk usir perasaan ini..
Perasaan Cemburu..

setiap kali teringat aku mesti menangis..
lemah sangat..
kadang-kadang tak faham dengan hatii nii..
aku boleh buat balik apa dia buat pada aku..
tapi aku memang tak boleh..
hati aku tak suka mendua kan..
dan DiDuakan..
itu apa yg fikiran jahat aku fikirkan..

lelaki..
biarlah..
hati dia berhak..
berhak menerima cinta sesiapa..
berhak memilih sesiapa..
biar dia puas...puas hati dengan perempuan..
cuma aku mohon..
jika benar dia milik aku satu hari nnti,,biar fikiran dia ada aku sorang..
tiada Dia,,Dia atan Dia..
Ya Allah,,
sebab tu aku selalu mohon..
buangkan lah sifat tuhh dalam diri.
aku pun nk bahgia macam dulu..
Tiada dendam
Tiada kemarahan..


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Thursday 5 July 2012

Fullstop !!!

                                                                            Assalammualaikum

sebab aku tak mampu nak cakap direct kat kau, aku btaw kat sini je lah.

First... Sori lau kau rasa aku kejam. Ya, nampak kejam. .Tapi kau pernah buat benda yang sama pada aku dulu. ..So,,. Adilkan? Aku tak buat ni semua sebab nak balas dendam ke hape, TAK. Tapi aku juz anggap hidup ni macam roda.,.. fullstop.

Aku diam sebab aku taknak sape2 pun ganggu aku... Takkan tu pun kau tak faham? Maybe aku diam, tapi tu juz buat aku makin rasa benci... Kau suka ke aku benci kau? Tapi kau tak faham bahasa still buat benda yang aku tak suka, haruslah untuk aku makin jauh dari kau... Tak gitu? Itu kau kata kejam? TAK.

Dan aku dah sampai limit aku bila kau tuduh aku bukan2 cakap benda tak baik pasal kau kat kawan2 kau.. Aku tak pernah buat hebahan. Kalau setakat sorang 'kenalan' kau tu bukan semua kawan-kawan kau. Kawan aku... Dan yang aku tau ade 3 manusia je tau pasal kau tu. Yang pasti bukan kawan kau... Kau ada masalah ke? Memang kau ganggu hidup aku.

Aku ingat satu hari bila aku dah ok, kita boleh kawan balik. Tapi mengenangkan perangai kau, kau yang paksa aku cakap kasar ngan kau... Elok aku diam tak berkata, lagi sakitkan bila aku cakap tak tapis? Kau yang mintak. Aku taknak pun...

Ya. Kau baik. Kau tau semua benda pasal aku. Tapi tolong jangan nak tau sangat semua benda. Sebab aku tak suka. Kau bukan sesiapa. Kau buat aku takut. Kau tau? Ya, aku anggap kau tak tau.

Ya. Aku mintak maaf. Dan aku harap takda apa2 lagi pasni.  And aku tak nak dengar apa2 lagi. Cukup.

Dan terima kasih untuk semua.

Aku tak rasa pun aku kejam... Aku ada banyak benda lagi yang aku perlu fikir. Takda masa langsung untuk semua ni... Apalagi nak fikir soal entah pape... Aku ada masalah hidup yang jauh lagi teruk dari kau so kau tak payah nak anggap kau sorang yang paling teruk masalah dalam dunia ni... Aku tak cerita kat sesiapa pun boleh je hidup? Allah je yang tau macam mana aku lalui hidup aku... Come on la.

Ok stop pasal cerita ni. ..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Sila kembali ke landasan Hubungan :')



Sila kembali ke landasan hubungan yang sebenar . Faham ? Meh aku terangkan .

Niat asal berpasangan tu penting . Dan bila sudah berpasangan , haruslah saling menjaga hati masing masing . Kalau sebelah pihak sahaja yang mati matian usaha untuk mencorak hubungan ,  takkan jadi jugak hubungan tu . 

Cinta tu senang sebenarnya . Ibarat dua manusia yang melukis di atas satu kertas lukisan . Untuk menjadikan lukisan itu cantik , haruslah kedua duanya saling bantu membantu serta sama sama usaha untuk mencorak yang cantik cantik pada permukaan tersebut . Kalau hanya seorang sahaja , memang takkan jadi lah lukisan tu . Takkan seimbang .

Kau mahu dia jadi seperti ini , seperti itu . Tapi kau ? Pernah kau jadi macam yang dia mahu ? Memang lah bilamana kita menerima seseorang itu , kita terima dia seadanya . Tapi , itu tak bermakna kau dapat green light untuk terus menerus melakukan sesuatu yang si dia tak suka . Sejujurnya , kau sendiri tahu dan sedar sama ada perkara yang kau buat itu , apa kesan kepada si dia . Tapi kau ego . Sebab bagi kau , hanya dia yang perlu mencorak dengan baik hubungan korang itu . Jadi , korang akan selesa dengan hubungan korang itu tanpa membuat apa apa . Meh sini aku nak cakap . 

Kau nak hubungan yang terbaik , tapi pernah kau melakukan yang terbaik untuk hubungan korang itu ? Sedar dulu diri sebelum merungut dalam sesuatu perhubungan tu . Hubungan takkan jadi kalau sekadar hanya seorang yang usaha memakmurkan hubungan tu . Tangan bertepuk sebelah takkan berbunyi . Ye dak ?

Memang mudah untuk kau meminta maaf atas kesalahan kau pada dia . Tapi apa makna maaf tu bagi kau ? Biar aku teka , maaf bagi kau adalah "kau harus terima aku seaadanya" kan ? Kalau itu makna maaf bagi kau , memang kebebalan dah bertempek tempek dekat dahi kau tu . Maaf kalau apa yang aku cakap tu kasar . Tapi untuk bagi korang sedar jugak .

Makna sebenar maaf adalah "aku takkan ulang lagi" . Faham ? Dan kau ingat , bila kau dah minta maaf , semuanya akan selesai ? tak lah! Standard manusia lah kalau dia masih terasa even kau dah minta maaf . Eleh , macam la kau tak macam tu . Puii . Jangan nak malaikat sangat lah .

Jadi , jika korang yakin yang hubungan korang sekarang ini last forever , memang wajib lah korang kembali balik pada landasan perhubungan yang sebenar . Corak cinta bersama sama . Biar masing masing puas hati .

Kita buat apa yang orang lain tak buat , kita dapat apa yang orang lain tak dapat .

Makanya , kembali kepada landasan perhubungan yang sebenar . 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca