Wednesday 24 April 2013

ALLAH SEDANG ATURKAN SESUATU YANG BAIK UNTUK KITA


Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, 
kita tercari-cari dimanakah matahari,
 rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi yang indah

Tiada manusia yang tidak lari akan ujianNya. Dan setiap manusia akan mengeluh jika dihadapi sesutau ujian. Namun, disebalik ujian yang diberikan itu sebenarnya ada hikmahnya. Mungkin kita akan merasakan kesusahan semasa mengahadapi ujian tersebut. Sedang kita tidak sedar sebenarnya kita sedang berkomunikasi dengan Pencipta kita. Dan pada masa itulah kita sebagai manusia yang tidak pernah lari dari kesilapan akan mula mengeluh. Seharusnya kita perlu berdoa memohon petunjuk dan pertolongan dariNya.
Allah telah berfirman:


"Apabila Aku menguji salah seorang hamba-hamba Ku yang mukmin, lalu ia memuji Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat Ku agar ` Kamu catatkanlah pahala-pahala dari amlannya, seperti yang kamu biasa Kamu catatkan sebelum ini ' "



Sebab itulah kita digalakkan untuk terus berdoa apabila diberi sesuatu ujian. Dan lebih baik lagi bukan sahaja semasa kita menimpa kesusahan dan ujian, malahan sepanjang masa dan hayat kita yang diberikan nafas kehidupan olehNya. Kerana kita akan dikasihani olehNya jika kita terus berdoa dan memohon kepadaNya.
Rasulullah pernah bersabda:


"Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan sesuatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh"



Jika kita menghadapi ujian dengan redha, InsyaAllah Allah akan memberikan keredhaanNya kepada kita. Tempuhi segala ujianNya dengan sabar dan redha kerana ujian yang Allah berikan itu boleh menggugurkan dosa-dosa kita. Dan segala kebaikan yang kita rasa dalam kehidupan itulah antara hikmahnya.



Allah maha mengasihani akan hambaNya, segala ujian yang Allah berikan adalah sepadan dengan kemampuan kita untuk mengahadapinya. Dan Allah itu maha mengetahui akan semua perkara, kekuatan dan kemampuan kita untuk menghadapi ujian yang diberi hanya Allah sahaja yang tahu. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Tuesday 23 April 2013

LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA


Hari ni saya akan share something yang saye terbaca. It is very important for women out there kerana anda boleh menyebabkan lelaki ke neraka dan sebagai seorang perempuan saya rasa bertanggungjawab untuk berkogsi pada yang lain. Dan untuk kaum adam, ini khas untuk anda :)
AYAHNYA
Apabila seseorang ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. 
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. 
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


SUAMINYA
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik isterinya ke neraka.


ABANG-ABANGNYA             
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.... tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
So, abang-abang kat luar sana tu ingat la ye and same goes to adik-adik perempuan (termasuklah saya)...

ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari ISLAM, bila ibu membuat kemugkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Sebelum ni hanya dengar anak boleh menegur dan menasihati ibunya yang melakukan dosa. Satu pengetahuan baru, yang anak lelaki boleh ke neraka jika tidak menasihati ibu tersebut.


Bila difikir balik, berat sebenarnya tanggungjawab seorang lelaki di atas dunia ni... tanggungjawab menjalankan tugas, tanggungawab mendidik, memimpin dan tanggungjawab menanggung dosa. Tapi kalau lelaki tu dah ada tanggungjawab mendidik perempuan dengan sempurna, InsyaAllah tidak perlulah nak menanggung dosa-dosa tersebut.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

RENUNGKAN DAN HAYATINYA...


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu


Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

MAKSUD DISEBALIK KESETIAAN

 
 
Hari niyhh aku nak cerita serba sedikit tentang maksud disebalik kesetiaan..
huhu..
mcm yang taw sangat jeee..
tapi aku cuba lahh ..
ngeeee..:D
Ramai insan yang masih lagi tak faham ape maksud disebalik kesetiaan..
aku pown takde lah taw sangat pown..
sikit2 tuh boleh lah kowt..
ramai yang bertanya kenapa kita perlu setia??
sedangkan belum tentu kekasih itu menjadi pasangan hidp kita..
disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini..
sehingga ramai diantara insan dimuka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan lagi,,
sanggup membunuh diri oleh kerana ditinggalkan kekasih.
kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting.
ini adalah kerana kite telah mengambil amanat dan tanggungjawab dari pasangan kite itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati sewaktu kite mengambilnye sebagai kekasih.
alangkah sedihnya apabila amanat ataupun tanggungjawab yg seharusnya kite jaga itu tidak ditunaikan..
tidakkah ia sama dengan penipuan???
jangan tabur janji jika kite tidak mampu tepati dan jangan kata cinta jika kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati..
ingatlah bahawa hidup kite seperti roda..
tidak semestinya kite akan berada di atas..
jika kite permainkan hati insan yang lain,,
suatu masa kite juga akan dipermainkan..
dan pada waktu itu,,
penyesalan tiada guna nye..setiap apa yg kite lakukan,
pasti ada balasannya..hanya masa yang menentukan .
 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Monday 22 April 2013

KISAH HATI SEORANG WANITA

 
Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
 
Cerewet
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
 
Halus
Ibarat sehelai sutera,
cantik,mulus,lembut dan mudah tercarik dan koyak.
Walupun seseorang wanita memafkan seseorang yg lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA  akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran, 
Bukan dendam.
 
Ikhlas
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
 
Korban
Wanita sanggup berkorban apa saja ntuk org yg disayangi termasuk ibubapa,
anak-anak dan suami.
Wanita amat tabah.
 
Prihatin
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
 
Manja
 Walaupun dia adalah seorang wanita yg pandai berdikari,
naluri seorang wanita masih lagi tetap wanita. 
Suka bermanja  bukan hanya kepada insan yg bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
 
Ego
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
 
Cinta
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
 
Seks
Seks bukanlah segala-segalanya bagi wanita kerana wanita diciptakan 9 nafsu dan 1 akal.
Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu sahaja.
Lelaki pula dijadikan 9 akal dan satu nafsu.
Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
 
Wahai Lelaki Mengertilah Hati Wanita
 
Andainya lelaki tahu dalam hati seseorang perempuan ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh resahnya,
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya.
 
Andainya lelaki tahu rajuk perempuan minta dipujuk,
Marah seseorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi.
 
Andai lelaki tahu sebalik 1001 rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud  walau disaat jauh.
 
Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran.

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata-mata.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Sunday 14 April 2013

Buat Kalian.. (Anda, Anda Dan Anda)



Blog aku merepek..mmg merepek..
 Penuh ayat-ayat makian..ehhh!! (ade ke)
lom de lagi yg maki2 tuh..
kalau anda rase diri anda sgt hebat.
Teruskan menyalak..
hikhikhik
(gelak jahat)
 Jnji anda mampu sedapkan hati anda sendiri..
erkkk!!

Aku tak kesa...
 Lantak mulut org...
Kalau nak membantah,, 
sila hurai kt blog  sendiri.
Aku bole taw yg mana elok utk aku.
Otak aku sihat,
so, tak payah nak terok-terok pikir elok atau tak utk aku.
Kalau aku benak skali pun, 
Alhamdulillah..
Hakikatnya,
perot aku masih beralun smpai sekarang.
Bkn point kat sape2 pon... 
tapi,,
Kalau ada yg terase, 
fikir dan rase sendiri lahh.
 Aku bukan seorang yg suke di push.
Ditekan-tekan. .
Di tolak-tolak..
 Di pengaruh-pengaruh..
 Di puji-puji.
Aku akn wat pe yg aku rase betul
Utk hidup aku, 
diri aku, 
dan mase depan aku...
Persetankan bangkai bernyawa sekeliling...

 Hidup masing- masing ,,
hal masing-masing.
Jgn smpai hal kita effect org lain..
Jgn fikir org sekeliling batu..
Manusia mula hidup BUKAN diberanakkan tanpa keluarga.
 BUKAN dibesarkan tanpa kwn-kwn.
Tak gune kalau sepanjang hidup kita rase sorang-sorang.
malah,,
 Sangat Indah
Kalau keluarga dan kwn2 ada pada mase kita nak mereka tu ade.
 Ini utk aku. 
Aku sendiri.
 Nafas aku.
Jika ada guna kata-kata ni,
 Silakan.
Sama-sama kite kongsi utk kebaikan.

"Jari aku gagap".
"Otak aku tepu".
"Aku menaip mengikut hati dan perasaan...
Marah aku marahlah ayat-ayat aku.
Emosi aku emosilah ayat-ayat aku.
Sedih aku sedihlah ayat-sedih aku.
Puitis aku puitislah ayat-ayat aku."
simple kannn??
jyeahhhhh!!

Jika rase isi-isi blog ni mcm kosong,,
mahupun 
Tiada makna,,
Cuma hidangan ayat-ayat yg buta hati,
 keanak-anakan,
or
 manusia berfikiran kelas bawahan.
aku tak kisah.
 BERBANGGA.
 Cuma satu kata, 
abaikan blog aku.
Tak menjemput Tak jugak menghalau.

Mengingatkan kpd manusia, 
bhw aku juga manusia.
Mungkin kite tidak di level yg sama.
yg mana otak anda hebat. 
Hidup di taraf excellent.
Aku nak bgtau..yg aku,
Masih merangkak. 
Masih belajar,
Ilmu tak banyak. 
Otak tak sendat.
Yang jelas.
aku sgt pasti apa yg aku nak dlm hidup aku...
Terima Kasih

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Saturday 13 April 2013

Best Best :D


Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang di dalam mimpimu
Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang di mana dirimu

Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti
Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu pasti
Pejamkan matamu kasih…



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Wednesday 10 April 2013

Angin Syurga



Ku himpun waktu ucapan terindah
terbenam sudah asmara
mesranya siang dan malam
selalu kau tiup kan angin syurga padaku

ku himpun makna kata darimu
harum yang mekar di kebun hati
dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri ..


sehingga hujung masa
berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
kasihku... tuluskah cintamu
sebuah jawapan ku damba dari bibir mu .. bibir mu

tidakkah kau tahu hidup punya waktu
kasih tersia bukan itu ku mahu
andai kau membisu tentu akhirnya
perpisahan ini akan tetap terjadi


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

Wednesday 3 April 2013

:')

 
 
 ALLAH tidak mencipta wajah aku persis ibu dan ayah semata atas alasan saintifik. 
Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin, 
aku nampak ibu dan ayah.
 Lalu tidak kira ke mana aku pergi, dan manusia apa aku jadi, 
aku membawa ibu dan ayah bersama.

Dan bila kita semakin tua,
wajah kita semakin iras ibu bapa,
 kerana pada waktu itu mungkin mereka sudah tiada dan ALLAH tahu kita rindu,
 kita perlu melihat wajah mereka :')
 
*工 レo√乇 ㄚ◯∪ ALLAH , 工 レo√乇 ㄚ◯∪ RASULULLAH , 工 レo√乇 ㄚ◯∪ IBU , 工 レo√乇 ㄚ◯∪ AYAH , 工 レo√乇 ㄚ◯∪ FRIENDS , 工 レo√乇 ㄚ◯∪ ALL ♥ :')

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca