Sunday, 24 June 2012

Kesetiaan atau kebodohan ?



Aku dipandang baik.
Aku dikatakan hebat.
Aku diberi pujian.
Aku disanjung hormat.
Itu kata mereka.

Untung dapat aku.
Aku pencinta setia.
Aku mampu mengalah setiap perkara.
Aku mampu berdiam apabila kau tersalah kata.
Dan aku mampu senyum adakala kau menyakitkan jiwa raga.
Itu kata mereka lagi.

Aku sayang kau,aku cinta kau,aku rindu kau.
Kau laju bertanya ibarat kereta Formula 1 berlari megah di litar.
Mana buktimu jika benar ?
Bangang !
Tidakkah kau merasai CINTAku yang TULUS sayang ?

Kau hanya tahu berkata, I love you.
Berulang kali kau sebut,aku terharu.
Adakala aku ibarat sampah,kau buang merata.
Dan kembali ke pangkuan lembutku selepas kau ucap SELAMAT TINGGAL CINTA.

Tidakkah kau mengerti segala aku lakukan adalah untukmu.
Kau buta ?
Kau pekak ?
Atau kau takde otak ?

Aku buat beberapa perkara untuk buat kau senyum sentiasa.
Tapi,cacian yang aku terima.
Salahku dipandang besar.
Hingga kekuranganku kau ambil kira. 
Satu perkataan untuk kau,CELAKA !
Tapi,hanya dalam hati aku mampu berkata.
Kerana kau aku sayang tahap gila.

Kau tinggalkan aku.
Aku menangis pilu. 
Macam bodoh aksiku.
Kau minta aku kembali ke pangkuanmu dengan rayuan agungmu.
Semakin bodoh apabila aku masih mampu menerimamu.

Perkara itu berulang lagi.
Aku salah,aku ditinggalkan.
Kau salah,aku masih memaafkan.
Wahh ! Aku betul cintakan kau laa.
Mengapa aku dijadikan begini sifatnya ?

Persoalan aku,
adakah ini satu KESETIAAN atau KEBODOHAN yang aku cipta ?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments:

Post a Comment

Hyeee..
Please Comment Here Okay