Sunday, 24 June 2012

# Mana Lebih Dia , Bukan Mana Kurang Dia

Entry kali ni mungkin pendek . Tengok had mana yang aku mampu.. niyhh baru je bgun tido...

"Cari dimana lebihnya dia . Bukan pertikai dimana kurangnya dia"

Jika korang mahu seseorang itu , terima seadanya . Cari dimana lebihnya dia . Bukan asyik pertikai dimana kurangnya dia . Dan jaminan aku , lepas korang pertikai kurangnya dia , pasti korang akan terus bergaduh . Gaduh dan terus bergaduh . Kan ? Power tak aku ? HAHAHA  ..Haram jadah aku riak sat!! padahal mata aku ni sebelah tengah sepet lagi ni . Tak bukak habis dah aku pergi update blog .
Pernah tak korang terfikir , kenapa korang susah dan mungkin juga mustahil untuk mendapat seseorang seperti yang korang idam idamkan . Pernah ?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
-Al Baqarah , 216 .


Jangan korang dibutakan dengan kekurangan dia dan akhirnya kau kambus segala kelebihan yang dia ada hingga kau akan nampak si dia itu seolah olah tidak berguna kepada kau . aku nak tanya , hg fikir hg berguna sangat ke weh ? aku benci pada orang yang sangat confident bahawa mereka ini lebih bagus dari seseorang tu . Boleh pergi jalan lah weh . g duduk dalam hutan , kawan dengan beruk . Confirm hg akan nampak lebih bagus dari diorang . 




Dalam hidup aku , aku berpegang pada satu perkara . "Manusia boleh berubah . Tidak semestinya jika mereka jahat pada hari ini , mereka akan terus jahat pada esoknya . Dan tidak semestinya jika mereka baik pada hari ini , mereka akan terus baik pada esoknya ."


Makanya , jangan dipertikai kekurangan seseorang itu . Dan korang juga kena faham , ada beza antara pertikai dan menegur . Jika kekurangan itu boleh diubah (bukan bersifat kekal) , maka kau nasihatlah si dia dengan baik . Bukan kau merendahkan dia . Kau ingat kau dah cukup sempurna untuk buka cela seseorang tu ? Cermin badan kau dulu . Badan penuh kurap , sibuk pula kau kisahkan kurap orang lain . 

Sekian .




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments:

Post a Comment

Hyeee..
Please Comment Here Okay