Bagi
aku ayat tu tersangatlah loser.
Kenapa perlu aku menidakkan suatu kebenaran?
Ibarat aku menafikan realiti kehidupan aku sendiri. Ibarat aku menipu diri
sendiri. BODOH. Perlakuan yang kadang memang tak langsung boleh diterima, tapi
tanpa sedar, aku sendiri terlibat lakukan perkara yang sama.
Kadang memang perlu diguna itu.
Untuk avoid dari terus bersedih, aku cuba mempositifkan semaximum mungkin diri
aku sehingga tanpa aku sedar merelakan
diri aku diluka dan mengatakannya sebagai bahagia. BAHAGIA. Apa bahagia macam
tu ? Haihh..
Nah, bilamana aku lihat secara terang
depan mata, si dia yang aku kata bahagia bila tengok dia bahagia, bemesra
dengan entah siapa opposite gender dia seromantis mungkin. Apa plak yang aku
rasa sebenarnya? Tetap bahagia? Mustahil
sangat !! Jika memang itu yang aku rasa, mmg Tahniah lahhh kat aku kan ! aku dah
berjaya menang Oscar Pelakon Terbaik. Aku juga sudah berjaya menjadi penipu
terhandal dengan mampu menipu diri sendiri tanpa aku sedar yang aku ditipu.
Gila !!
Okay.. Actually,,Aku kena dengar
rintihan hati aku. Dengar dan fahamkan apa yang hati aku mahu sebenarnya. aku
mesti tetapkan kemahuan yang benar benar aku mahu. Satu perkara yang perlu aku
pegang dalam hidup, “hidup harus kehadapan, bukan kebelakang” . Seterusnya sila
tinggalkan segala yang menahan langkah kaki aku, yang merantai kaki aku untuk
maju kehadapan.
Selagi mana aku merelakan hati
aku untuk dirantai silam, selagi itu memang aku tidak akan kenal erti bahagia
yang sesungguhnya. Hidup tidak seperti yang aku mahu. Ya !! Memang benar! Tapi hidup tuh
sebenarnya adalah mengenai bagaimana aku mampu usaha yang benar benar usaha untuk
mencorak hidup aku seperti yang aku mahu. Biar jika dipanjangkan Tuhan usia aku
nanti, di akhir hidup , aku mampu tersenyum kerana aku telah pun menjalani hidup
yang hampir kepada yang aku mahu. GREAT !!
Ubah segala yang kau boleh ubah
Eyzan!!. Hati kau, keinginan kau, mahu kau. Ubah dan ubah. Bilamana sesuatu
perhubungan itu telah berakhir, redha. Sentiasa ingat, Tuhan ada perancangan
yang terbaik untuk kita. Biar hidup dengan mahu yang sendiri. Bukan dikawal
sekeliling. Jangan pernah merelakan diri menjadi boneka yang dikawal jari jari
orang yang kita sayang. Memang kita sayangkan mereka, tapi pernah hg fikir, apa
mereka sayangkan kita macam kita sayangkan mereka?
Bilamana kita cinta dan sayangkan
seseorang itu, sebagai sesama manusia biasa, kita tiada hak untuk memaksa
mereka merasakan yang sama dengan apa yang kita rasa. Kejam jadinya jika kita
memaksa seseorang itu untuk cinta kita. SIOT !!
Buka mentaliti kita dengan luas
gila, biar pada masa kekecewaan yang kita rasa itu, kita berfikir secara
rasional dan bukannya emosional.
"Dan segala sesuatu
Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah"
(51:49).
Dah terang kan ? Pekejadahnya nak
kisah tentang mereka yang dah pergi dari hidup KAU? Biarkan ja lah. Dia bukan
untuk KAU. Bukan dicipta untuk jadi pasangan KAU. Senang ? Kan ?. In fact,
memang susah nak lupakan semua. Tambah-tambah pulok kalau dia memang selalu sama-sama
ngn KAU..memang payah la hati KAU nak lepaskan. Sumpah !
Sepatut nye KAU kena faham hati
KAU eyzan. kau sanggup tunggu orang yang kau kata kau bahagia bila tengok dia
bahagia, kan? Sebenarnya kau bukan sanggup tunggu dia, tapi kau rasa rugi bila
lepaskan dia bersama ngn org lain. Sebab itu kononnya sanggup tengok dia
bahagia dengan orang lain la segala bagai. Apa yang buatkan kau masih lagi
terikat dengan dia adalah kerana cinta kau pada dia. Cinta yang konon nye HOT sangat. Dan disebabkan cinta tuh, kau jadi bodoh
dengan membodohkan diri kau sendiri. Dengan menghalang diri kau dari rasa
bahagia. Come on laaa Eyzan….
Konsep bercinta tu senang
sebenarnya. Relakan hati untuk dicinta dan menyinta. Bukan relakan hati untuk disakiti
dan menyakiti. Faham tak ? Cinta tu adalah satu perasaan suci yang Tuhan tu dah
kurniakan kat kita. Jadi jangan kita kotorkan cinta tu dengan anggapan setiap
kali bercinta kena ikut semua cakap dia bagai, baru cinta namanya. Ingat sikit
okay !!
# Cinta pada manusia jangan
melampaui cinta kita pada Tuhan. Biar sehebat mana pun dia dalam hidup
kau, kau kena ingat, kau dengan dia langsung tiada beza. Sama. Masing masing
Tuhan yang ciptakan.
“...
Jujur kan hati kamu habis habisan sama dia . Kalau dia risaukan sesuatu ,
jawabkan kembali kepada dia kenapa dia tidak perlu risau . Yakin kan dia bahawa
kamu tahu pilihan kamu itu . Akhir sekali , minta perkenan Tuhan . Kadang
kadang ini cara Tuhan memberitahu setuju tidak Dia sama pilihan kamu itu . Dan
selagi belum berakhir , selagi itulah Tuhan mahu kita usaha . Bukan masa
perkenalan yang memungkinkan sesuatu perhubungan itu kekal . Jika memang dia
bukan untuk kita , terima dengan hati terbuka . Tuhan ada perancangan yang
lebih baik untuk kita . Jangan dipertikai mengapa Tuhan buat itu dan ini . Tapi
pertikai kenapa kita tidak usaha untuk sesuatu yang itu , dan sesuatu yang ini
. Kalau pun kita tidak dapat apa yang kita mahu , tak mengapa , sebab sekurang
kurangnya , kita sudah pun usaha . Bukan sekadar lepaskan begitu sahaja ...”
No comments:
Post a Comment
Hyeee..
Please Comment Here Okay