Thursday, 5 July 2012

Sila kembali ke landasan Hubungan :')



Sila kembali ke landasan hubungan yang sebenar . Faham ? Meh aku terangkan .

Niat asal berpasangan tu penting . Dan bila sudah berpasangan , haruslah saling menjaga hati masing masing . Kalau sebelah pihak sahaja yang mati matian usaha untuk mencorak hubungan ,  takkan jadi jugak hubungan tu . 

Cinta tu senang sebenarnya . Ibarat dua manusia yang melukis di atas satu kertas lukisan . Untuk menjadikan lukisan itu cantik , haruslah kedua duanya saling bantu membantu serta sama sama usaha untuk mencorak yang cantik cantik pada permukaan tersebut . Kalau hanya seorang sahaja , memang takkan jadi lah lukisan tu . Takkan seimbang .

Kau mahu dia jadi seperti ini , seperti itu . Tapi kau ? Pernah kau jadi macam yang dia mahu ? Memang lah bilamana kita menerima seseorang itu , kita terima dia seadanya . Tapi , itu tak bermakna kau dapat green light untuk terus menerus melakukan sesuatu yang si dia tak suka . Sejujurnya , kau sendiri tahu dan sedar sama ada perkara yang kau buat itu , apa kesan kepada si dia . Tapi kau ego . Sebab bagi kau , hanya dia yang perlu mencorak dengan baik hubungan korang itu . Jadi , korang akan selesa dengan hubungan korang itu tanpa membuat apa apa . Meh sini aku nak cakap . 

Kau nak hubungan yang terbaik , tapi pernah kau melakukan yang terbaik untuk hubungan korang itu ? Sedar dulu diri sebelum merungut dalam sesuatu perhubungan tu . Hubungan takkan jadi kalau sekadar hanya seorang yang usaha memakmurkan hubungan tu . Tangan bertepuk sebelah takkan berbunyi . Ye dak ?

Memang mudah untuk kau meminta maaf atas kesalahan kau pada dia . Tapi apa makna maaf tu bagi kau ? Biar aku teka , maaf bagi kau adalah "kau harus terima aku seaadanya" kan ? Kalau itu makna maaf bagi kau , memang kebebalan dah bertempek tempek dekat dahi kau tu . Maaf kalau apa yang aku cakap tu kasar . Tapi untuk bagi korang sedar jugak .

Makna sebenar maaf adalah "aku takkan ulang lagi" . Faham ? Dan kau ingat , bila kau dah minta maaf , semuanya akan selesai ? tak lah! Standard manusia lah kalau dia masih terasa even kau dah minta maaf . Eleh , macam la kau tak macam tu . Puii . Jangan nak malaikat sangat lah .

Jadi , jika korang yakin yang hubungan korang sekarang ini last forever , memang wajib lah korang kembali balik pada landasan perhubungan yang sebenar . Corak cinta bersama sama . Biar masing masing puas hati .

Kita buat apa yang orang lain tak buat , kita dapat apa yang orang lain tak dapat .

Makanya , kembali kepada landasan perhubungan yang sebenar . 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments:

Post a Comment

Hyeee..
Please Comment Here Okay