Allah telah berfirman:
"Apabila Aku menguji salah seorang hamba-hamba Ku yang mukmin, lalu ia memuji Ku atas apa yang telah Aku ujinya, nescaya Aku akan perintahkan kepada Malaikat Ku agar ` Kamu catatkanlah pahala-pahala dari amlannya, seperti yang kamu biasa Kamu catatkan sebelum ini ' "
Sebab itulah kita digalakkan untuk terus berdoa apabila diberi sesuatu ujian. Dan lebih baik lagi bukan sahaja semasa kita menimpa kesusahan dan ujian, malahan sepanjang masa dan hayat kita yang diberikan nafas kehidupan olehNya. Kerana kita akan dikasihani olehNya jika kita terus berdoa dan memohon kepadaNya.
Rasulullah pernah bersabda:
"Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan sesuatu cubaan sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh"
Jika kita menghadapi ujian dengan redha, InsyaAllah Allah akan memberikan keredhaanNya kepada kita. Tempuhi segala ujianNya dengan sabar dan redha kerana ujian yang Allah berikan itu boleh menggugurkan dosa-dosa kita. Dan segala kebaikan yang kita rasa dalam kehidupan itulah antara hikmahnya.
Allah maha mengasihani akan hambaNya, segala ujian yang Allah berikan adalah sepadan dengan kemampuan kita untuk mengahadapinya. Dan Allah itu maha mengetahui akan semua perkara, kekuatan dan kemampuan kita untuk menghadapi ujian yang diberi hanya Allah sahaja yang tahu. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.
No comments:
Post a Comment
Hyeee..
Please Comment Here Okay