KISAH HATI SEORANG WANITA
Sensitif
Bukan bermaksud suka merajuk tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
Cerewet
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
Halus
Ibarat sehelai sutera,
cantik,mulus,lembut dan mudah tercarik dan koyak.
Walupun seseorang wanita memafkan seseorang yg lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran,
Bukan dendam.
Ikhlas
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
Korban
Wanita sanggup berkorban apa saja ntuk org yg disayangi termasuk ibubapa,
anak-anak dan suami.
Wanita amat tabah.
Prihatin
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
Manja
Walaupun dia adalah seorang wanita yg pandai berdikari,
naluri seorang wanita masih lagi tetap wanita.
Suka bermanja bukan hanya kepada insan yg bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
Ego
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
Cinta
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
Seks
Seks bukanlah segala-segalanya bagi wanita kerana wanita diciptakan 9 nafsu dan 1 akal.
Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu sahaja.
Lelaki pula dijadikan 9 akal dan satu nafsu.
Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Wahai Lelaki Mengertilah Hati Wanita
Andainya lelaki tahu dalam hati seseorang perempuan ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh resahnya,
Ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya.
Andainya lelaki tahu rajuk perempuan minta dipujuk,
Marah seseorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu didengari,
Gembira seorang perempuan ingin dikongsi.
Andai lelaki tahu sebalik 1001 rasa itu
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau disaat jauh.
Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran.
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata-mata.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment
Hyeee..
Please Comment Here Okay